awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb

Bernama
Bernama
06/01/2018
04:43 MYT
Singapura mansuhkan tol masuk di Woodlands mulai 1 Feb
Caj sedia ada di Pusat Pemeriksaan Woodlands dikuatkuasakan pada 1 Okt, 2014. - Gambar hiasan
Mulai 1 Feb, Singapura akan memansuhkan caj tol bagi semua kenderaan yang masuk ke republik itu menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan mengurangkan caj bagi kenderaan keluar dari republik itu di pusat sama, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ketika ini caj tol bagi kenderaan yang memasuki Singapura menerusi Woodlands adalah S$2.70 (bagi kereta), S$4 (van/kenderaan ringan (perdagangan), S$5.30 (kenderaan berat -perdagangan), S$1.40 (teksi) dan S$2.20 (bas).
(S$1 bersamaan kira-kira RM3.)
LTA di dalam laman webnya menyatakan, mulai 1 Feb kereta yang keluar dari Singapura menerusi Woodlands akan dikenakan caj S$1 (kurang daripada caj sedia ada S$3.80), van/kenderaan ringan (perdagangan) S$1.50 (S$5.80), kenderaan berat (perdagangan) S$2 (S$7.70), teksi S$0.50 (S$1.90), dan bas S$0.80 (S$3.10).
Caj sedia ada di Pusat Pemeriksaan Woodlands dikuatkuasakan pada 1 Okt, 2014. Caj tidak dikenakan ke atas motosikal yang masuk dan keluar menerusi Woodlands.
LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.
"Ini selaras dengan dasar Singapura sejak sekian lama dalam memadankan caj tol oleh Malaysia," katanya.
Menurut LTA, tiada perubahan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas.
Bagi kedua-dua laluan di Pusat Pemeriksaan Tuas, motosikal dicaj S$0.50, kereta S$3.20, van/kenderaan ringan (perdagangan) S$7.40, kenderaan berat (perdagangan) S$14.70, teksi S$2.50 dan bas S$3.90.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caj tol
#Johor Bahru
#LTA
#pemansuhan
#Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat
#Pusat Pemeriksaan Woodlands
#Singapura
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan