awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sambut baik hasil mesyuarat luar biasa GBC Kemboja-Thailand

Bernama
Bernama
08/08/2025
21:50 MYT
Singapura sambut baik hasil mesyuarat luar biasa GBC Kemboja-Thailand
Kemboja dan Thailand turut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat GBC seterusnya dalam tempoh sebulan, dengan lokasi akan ditentukan kemudian.
SINGAPURA: Singapura mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan penganjuran Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Kemboja-Thailand yang dimudah cara oleh Malaysia pada Khamis, sambil menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah keamanan dan kestabilan serantau.
"Singapura mengalu-alukan hasil positif yang dicapai pada Mesyuarat Luar Biasa GBC yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Ogos," kata jurucakap Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit.
Minit mesyuarat yang dipersetujui antara lain menyatakan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang merangkumi semua jenis senjata, termasuk serangan terhadap orang awam, harta benda awam dan objektif ketenteraan mana-mana pihak.
Mereka juga bersetuju untuk tidak membina atau memperkukuh sebarang infrastruktur atau kubu pertahanan ketenteraan di luar kawasan masing-masing, serta tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap orang awam dan harta benda awam dalam apa juga keadaan.
Kemboja dan Thailand turut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat GBC seterusnya dalam tempoh sebulan, dengan lokasi akan ditentukan kemudian.
Turut hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat itu ialah Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, serta Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D. Kagan dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#GBC
#gencatan senjata
#objektif ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan