Singapura: Seorang hilang dalam kejadian dua bot persiaran berlanggar

Bernama
Mac 2, 2024 22:10 MYT
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal di sekitar Pulau Hantu untuk memantau sekiranya terdapat mangsa ditemukan.
SINGAPURA: Seorang mangsa dilaporkan hilang selepas dua bot persiaran bertembung di Pulau Hantu di Singapura kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada Sabtu.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.
"MPA telah mengerahkan kapal peronda ke lokasi kejadian dan sedang menyelaras usaha pencarian dengan bantuan Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura," katanya dalam satu kenyataan.
MPA juga mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal di sekitar kawasan itu untuk memantau sekiranya terdapat mangsa ditemukan.
-- BERNAMA
#Singapura #hilang #bot persiaran #pulau hantu