awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tahan lapan warga Bangladesh rancang serangan keganasan

Agensi
Agensi
03/05/2016
13:51 MYT
Singapura tahan lapan warga Bangladesh rancang serangan keganasan
Kesemua suspek pada mulanya merancang untuk ke Syria bagi menyertai militant IS sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalaman Negeri pada April. - Foto AFP
Pemerintah Singapura pada Selasa mengumumkan penahanan lapan lelaki warga Bangladesh yang didakwa merancang serangan keganasan, termasuk pembunuhan di tanah air mereka sendiri bagi menubuhkan sebuah 'Negara Islam'.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Singapura, kesemua suspek pada mulanya merancang untuk ke Syria bagi menyertai militan Daish sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalaman Negeri pada April.
Antara yang turut dirampas adalah manual membuat bom serta senarai pegawai-pegawai kerajaan dan tentera yang menjadi sasaran.
Dalam masa yang sama itu, ketika tangkapan, beberapa senjata ditemui termasuh bahan berkaitan Daish dan Al-Qaeda.
"Mereka adalah anggota sebuah kumpulan sulit ditubuhkan Rahman Mizanur pada Mac lalu di Singapura yang digelar 'Islamic State in Bangladesh' (ISB)," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Mizanur, 31, salah seorang suspek merupakan pemegang pas pekerja mahir manakala tujuh yang lain hanya pemegang permit kerja sahaja.
Kesemua mereka bekerja dalam industri pembinaan dan marin.
IS, Daish, Bangladesh, pengganas, Singapura
IS, Daish, Bangladesh, pengganas, Singapura
Kementerian itu berkata, dua lagi anggota ISB berada di Bangladesh, hasil maklumat suspek yang ditahan di Singapura.
Kumpulan itu dikatakan telah merancang untuk melatih lebih ramai pekerja Bangladesh di Singapura dan mengumpul wang untuk membeli senjata bagi melancarkan serangan di tanah air mereka.
Bagaimanapun, wang itu telah disita.
Kumpulan pimpinan Mizanur itu juga memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa mereka bersedia melancarkan serangan mana-mana sahaja di dunia jika diarahkan berbuat demikian oleh Daish.
Namun, tidak ada tanda-tanda tertentu bahawa Singapura telah dipilih sebagai sasaran, kata kementerian itu.
Januari lalu, Singapura menangkap 27 lelaki warga Bangladesh kerana didakwa merancang melakukan serangan keganasan di Bangladesh.
Mereka yang ditangkap telah pun dihantar pulang ke negara asal.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#daish
#IS
#pengganas
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan