DUNIA
Singapura tegaskan pendirian toleransi sifar terhadap sebarang bentuk keganasan
Muhammad Faishal menegaskan Singapura menolak segala bentuk ekstremisme tanpa mengira latar belakang atau identiti pelakunya. - Facebook Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim
SINGAPURA: Singapura menggunakan istilah neutral "pengganas" tanpa mengaitkannya dengan sebarang label agama atau etnik bagi memberi isyarat ketegasannya dalam menolak sebarang bentuk ekstremisme dan keganasan, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.
Beliau menegaskan Singapura menolak segala bentuk ekstremisme sama ada fahaman Islam, pelampau kanan atau sebarang ideologi lain serta tidak membiarkan, mentoleransi atau menerima sebarang bentuk keganasan, ekstremisme atau tindakan keganasan, tanpa mengira latar belakang atau identiti pelakunya.
"Kami tidak membiarkan apa-apa tindakan keganasan atau perbuatan pengganas. Matlamat kami ialah memupuk keamanan, keharmonian dan saling menghormati. Kami tidak menerima apa jua bentuk ekstremisme. Kami gunakan istilah 'pengganas'," katanya pada sesi libat urus media bersama peserta Program Lawatan Wartawan Malaysia (MJVP) yang dianjurkan baru-baru ini.
Beliau berkata pendekatan Singapura untuk menghadapi cabaran ini kekal konsisten dan inklusif.
"Pendekatan kami sangat objektif. Kami bukan di sini untuk menangkap orang, kami di sini untuk membantu. Setiap warga Singapura penting bagi kami. Kami mahu membentuk persekitaran kondusif dengan setiap insan boleh berkembang dan menjadi versi terbaik diri mereka," katanya sambil menambah bahawa kerajaan bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi untuk membantu individu berisiko.
Menjawab soalan mengenai ancaman untuk meradikalkan belia yang semakin meningkat, khususnya melalui kandungan ekstremis yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI), Faishal berkata langkah Singapura merangkumi perundangan, dasar serta penglibatan berterusan dengan masyarakat.
"Paling penting ialah libat urus," katanya sambil berkongsi lawatannya ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah, sebuah institusi pendidikan agama terkemuka di Singapura yang mana beliau berbicara dengan pelajar dan guru, membantu mereka membina kesedaran dan daya tahan serta menonjolkan potensi positif AI," katanya.
Ditanya mengenai kriteria penceramah agama asing memasuki Singapura, merujuk insiden terdahulu apabila beberapa penceramah Malaysia tidak dibenarkan menyampaikan ceramah, Faishal berkata Singapura mengguna pakai garis panduan ketat bagi mengelakkan mesej berbaur perpecahan atau ekstremisme daripada berakar umbi.
"Kami memang ada kriteria. Ada perkara sensitif yang tidak dapat saya kongsi secara terperinci. Tetapi secara ringkasnya, sesiapa boleh bercakap mengenai agama atau budaya selagi mereka tidak memecahbelahkan masyarakat atau mempromosikan keganasan atau ekstremisme," katanya.
"Kami tidak membiarkan tingkah laku yang mempromosikan keganasan, ekstremisme atau perpecahan masyarakat. Jika kami mengesan ciri sebegitu, kami tidak mahu pengaruh berkenaan memasuki Singapura," katanya.
Beliau berkata Singapura memberi isyarat jelas bahawa unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat tidak dialu-alukan, walaupun kandungan sedemikian kini boleh tersebar secara dalam talian.
-- BERNAMA