DUNIA
Singapura teliti secara serius potensi tenaga nuklear
Tan berkata Singapura telah menubuhkan pasukan tenaga nuklear khas dalam agensi utama kerajaan untuk menerajui usaha berkenaan, selain menjalinkan kerjasama aktif dengan rakan kongsi antarabangsa. - Gambar Facebook Tan See Leng
SINGAPURA: Singapura kini meneliti secara serius potensi penggunaan tenaga nuklear, khususnya teknologi baharu seperti reaktor modular kecil.
Pada Isnin, republik itu menerbitkan kertas latar belakang atau "background paper" bagi memberi gambaran menyeluruh kepada orang ramai mengenai usaha yang telah dijalankan setakat ini dalam membangunkan keupayaan nuklear.
Menteri bertanggungjawab bagi Tenaga serta Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng berkata Singapura telah menubuhkan pasukan tenaga nuklear khas dalam agensi utama kerajaan untuk menerajui usaha berkenaan, selain menjalinkan kerjasama aktif dengan rakan kongsi antarabangsa.
"Tenaga nuklear berpotensi menjadi pilihan yang selamat, boleh dipercayai dan kompetitif dari segi kos bagi Singapura.
"Kami memahami orang ramai mempunyai banyak persoalan tentang perancangan ini. Kami akan berinteraksi secara berkala dengan masyarakat sepanjang perjalanan ini," katanya ketika menyampaikan syarahan pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) pada Isnin.
Kertas setebal 16 halaman bertajuk "Building Singapore's Capabilities to Assess Nuclear Energy" menjelaskan bahawa Singapura masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan tenaga nuklear.
"Sebarang keputusan untuk menggunakan tenaga nuklear akan mengambil kira aspek keselamatan, kebolehpercayaan, kemampuan dan kelestarian alam sekitar berdasarkan konteks Singapura," menurut laporan itu.
Pandangan awam juga diambil kira dalam setiap perkembangannya.
Dokumen berkenaan turut menyatakan bahawa Singapura akan meneruskan usaha membangunkan keupayaan domestik dengan sokongan rakan kongsi antarabangsa.
Pada 2012, kerajaan Singapura menjalankan kajian pra-kebolehlaksanaan mengenai tenaga nuklear.
Walaupun kajian itu menyimpulkan bahawa loji tenaga nuklear pada masa itu tidak sesuai bagi sebuah negara kecil dan padat seperti Singapura, ia mengesyorkan agar republik itu terus memantau kemajuan teknologi tenaga nuklear baharu.
Sementara itu, Dr Tan memaklumkan bahawa Pihak Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan menandatangani perjanjian kerjasama baharu dengan dua organisasi dari Amerika Syarikat -- Idaho National Laboratory dan Battelle Memorial Institute -- bagi memperkukuh kepakaran Singapura dalam bidang itu.
Kerjasama ini dibina berasaskan "Agreement for Cooperation Concerning Peaceful Uses of Nuclear Energy (123 Agreement)" yang ditandatangani pada Julai 2024, serta "Memorandum of Understanding Concerning Strategic Civil Nuclear Cooperation" yang dimeterai pada Januari 2025 antara Singapura dan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawan 2025 sebelum ini menyatakan bahawa Singapura akan meneliti potensi pelaksanaan tenaga nuklear dan akan mengambil langkah berperingkat bagi membina keupayaan secara sistematik dalam bidang berkenaan.
-- BERNAMA