Singapura meningkatkan langkah dalam usaha melindungi warga emas memandangkan kumpulan itu berhadapan dengan risiko tinggi dijangkiti wabak COVID-19.
Menteri Kesihatannya Gan Kim Yong berkata hampir 80 peratus daripada kematian dilaporkan akibat COVID-19 di peringkat global membabitkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas, dan trend sama dapat dilihat di Singapura.
"Kadar kematian akibat COVID-19 di Singapura adalah rendah, tapi sebahagian besar kematian adalah dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas," katanya pada sidang media maya pada Jumaat.
"Kematian akibat COVID-19 membabitkan warga emas adalah 95 peratus di sini. Hampir satu daripada enam warga emas mengalami gejala teruk dan memerlukan rawatan intensif di hospital. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengambil langkah tambahan bagi melindungi warga emas," tambahnya.
Sehingga kini, Singapura mencatatkan 20 kematian akibat COVID-19, sejak dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac lepas.
Gan yang juga pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 berkata walaupun berhati-hati dalam melonggarkan beberapa langkah tegas sebelum ini bagi memutuskan rantaian jangkitan, langkah penjagaan yang perlu, tetap dilaksanakan bagi melindungi kumpulan berisiko seperti warga emas.
"Setakat ini, belum ada penularan COVID-19 di rumah-rumah penjagaan warga emas di sini, tapi kita tidak boleh ambil mudah perkara ini," katanya.
Gan berkata sejak Januari, Kementerian Kesihatan dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bekerjasama rapat dengan pusat jagaan terbabit dalam melaksanakan pelbagai langkah perlindungan.
Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, petugas di rumah penjagaan warga emas disediakan kemudahan tempat tinggal di kawasan tertentu atau hotel dalam tempoh pelaksanaan langkah memutuskan rantaian penularan jangkitan penyakit itu.
Menurutnya kira-kira 2,600 petugas rumah penjagaan dalam proses perpindahan ke penempatan di hotel, manakala petugas atau penghuni yang mempunyai gejala jangkitan pernafasan akut serta penghuni baru, diuji sebelum masuk ke rumah berkenaan.
Menteri Kesihatan itu berkata sejak 29 April, ujian saringan dijalankan ke atas semua 9,000 petugas dan 16,000 penghuni daripada 80 rumah penjagaan di Singapura.
Katanya daripada 9,000 petugas di rumah penjagaan yang menjalani ujian saringan, hanya satu kes positif dicatatkan di rumah penjagaan Ren Ci@Ang Mo Kio.
"Kami sedang menjalankan ujian saringan ke atas 16,000 penghuni rumah penjagaan dan dijangka selesai awal Jun ini. Kami menjangkakan lebih banyak kes positif akan dikesan daripada ujian ini," katanya.
Selain daripada rumah penjagaan, Singapura turut memberi perhatian kepada kira-kira 20,000 warga emas daripada keluarga tidak bernasib baik.
Sehingga tengah Jumaat, Singapura mencatatkan sebanyak 21,707 kes positif wabak, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan pekerja warga asing yang tinggal di asrama pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020
Kematian akibat COVID-19 membabitkan warga emas adalah 95 peratus di Singapura.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas.
Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.