DUNIA
Singapura tubuhkan program nasional untuk tangani kesan cuaca terhadap penerbangan
Menurut CAAS dan NEA, 55 penerbangan dilencongkan dari Changi akibat cuaca buruk antara Januari dan November 2025, peningkatan ketara berbanding sembilan pelencongan dalam tempoh sama tahun sebelumnya. - Foto Changi Airport Group
KUALA LUMPUR: Singapura telah menubuhkan sebuah Program Meteorologi Penerbangan baharu yang bersifat multidisiplin bagi meningkatkan keupayaan meramal, mengurangkan dan mengurus kesan cuaca terhadap kawalan trafik udara, syarikat penerbangan dan operasi lapangan terbang.
"Singapura akan memperkukuh keupayaan meteorologi penerbangan dan kerjasama serantau bagi menangani kesan cuaca terhadap sektor penerbangan, ketika perubahan corak cuaca menyebabkan lebih banyak kelewatan dan pelencongan laluan penerbangan, gangguan operasi lapangan terbang serta kejadian gelora dan isu keselamatan penerbangan lain di seluruh dunia," menurut CAAS dan NEA dalam kenyataan bersama pada Selasa.
Program ini menumpukan kepada lima bidang keutamaan, masing-masing menangani fenomena cuaca kritikal yang menjejaskan operasi penerbangan di Singapura dan rantau ini - kilat, gelora, cuaca olakan, angin permukaan dan jejak wap.
Kedua-dua agensi itu berkongsi bahawa 55 penerbangan dilencongkan dari Changi akibat cuaca buruk antara Januari dan November 2025, peningkatan ketara berbanding sembilan pelencongan penerbangan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Sementara itu, sebuah Jawatankuasa Pemandu Program Meteorologi Penerbangan yang akan memulakan projek bagi membangunkan konsep operasi dan peralatan baharu serta menyemak semula dasar bagi menyokong pelaksanaannya telah ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan program berkenaan.
Jawatankuasa itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah CAAS Han Kok Juan dan Ketua Pegawai Eksekutif NEA Wong Kang Jet, manakala ahli lain terdiri daripada wakil kanan Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Singapore Airlines Limited (SIA), SIA Engineering Company, SATS, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Pusat Inovasi Penerbangan Antarabangsa (ICAI).
Di bawah kerjasama ini, pihak terlibat antara lain bersetuju untuk meningkatkan perkongsian dan penyepaduan data cuaca bagi memperkukuh kesedaran situasi dan pembuatan keputusan.
-- BERNAMA