awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura turun tarif elektrik, gas bermula Januari hingga Mac 2025

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2024
00:15 MYT
Singapura turun tarif elektrik, gas bermula Januari hingga Mac 2025
Singapura akan menurunkan tarif bil elektrik dan gas pada Januari hingga Mac 2025. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Singapura akan menurunkan tarif bil elektrik dan gas pada Januari hingga Mac tahun hadapan susulan kadar tenaga dan bahan api yang lebih rendah.
Memetik laporan media The Straits Times/ANN, isi rumah yang dibekalkan oleh pengendali grid, SP Group bakal menyaksikan pengurangan tarif elektrik sebanyak 3.4 peratus berbanding suku tahun sebelumnya, berdasarkan kenyataan kumpulan tersebut.
Ia bermaksud, kadar tarif sebanyak 29.10 sen setiap sekilowatt-jam (kWh) turun kepada 28.12 sen sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tarif elektrik dikira menggunakan empat komponen termasuk kadar tenaga, yang mengambil kira kos gas asli yang diimport dan kos pengendalian stesen janakuasa.
Selain itu, syarikat pengeluar dan peruncit gas berpaip, City Energy dalam satu kenyataan berkata, bahawa tarif gas akan turun daripada 22.97 sen setiap kWj sebelum GST kepada 22.72 sen dalam tiga bulan akan datang.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan bersetuju supaya kadar rebat dan surcaj tarif elektrik berdasarkan Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) dikekalkan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2025.
Namun, jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen KwJ bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) masih di peringkat cadangan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Singapura
#tarif elektrik
#bil elektrik dan gas
#kadar tenaga dan bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan