Skip to main content

Dunia

Singapura umum turunkan tarif elektrik bermula Jan 2016

61437104703_SINGAPORE.jpg
Singapura hari ini mengumumkan tarif elektrik di Republik itu akan diturunkan untuk tiga bulan pertama 2016 sejajar dengan penurunan harga gas asli yang digunakan untuk menjana tenaga.

Menurut laporan agensi berita tempatan, bermula 1 Jan sehingga 31 Mac, tarif elektrik akan diturunkan pada kadar purata 4.2 peratus, atau SGD 0.85 per kilowatt-jam (kWj), berbanding suku terakhir 2015.

Sementara penurunan kos gas asli untuk menghasilkan tenaga dianggarkan sekitar 8.9 peratus sepanjang tempoh tiga bulan terakhir 2015.

Tarif baharu ini dilihat bakal menyaksikan kadar lebih rendah berbanding sepanjang 2015 buat pengguna di negara itu.

Kadar tarif elektrik  dikaji setiap tiga bulan oleh SP Services, syarikat utiliti tenaga utama Republik itu.

Ia berdasarkan garis panduan yang disediakan Pihak Berkuasa Pemasaran Tenaga Singapura.

Advertisement

Must Watch Video