INTERNATIONAL
Siren amaran peluru berpandu kedengaran di Tel Aviv
Siren amaran kedengaran di Tel Aviv pada Ahad selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman. - Foto Reuters
SANAA: Siren amaran kedengaran di Tel Aviv pada Ahad selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman.
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman terus melancarkan peluru berpandu ke arah Israel sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.
Serangan peluru berpandu diteruskan meskipun Houthi telah bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas kapal-kapal Amerika Syarikat.
Israel melancarkan serangan udara ke atas dua pelabuhan utama di Yaman pada Jumaat, iaitu Hodeidah dan Salif, sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh kumpulan Houthi ke arah Israel.
Menurut kenyataan tentera Israel, serangan ini bertujuan untuk menghapuskan infrastruktur yang digunakan oleh Houthi bagi menyeludup senjata dan merancang serangan lanjut.
Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh Houthi memberitahu tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah membedil lebih 30 peluru berpandu ke atas sasaran di kedua-dua pelabuhan tersebut, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan sembilan lagi cedera.