Siri jelajah Pope Francis dicemari insiden serangan terhadap gereja

Agensi
Januari 18, 2018 22:47 MYT
Gereja Virgin Carmen mengalami kerosakan kecil di pintu hadapannya selepas dipercayai dibakar. - Foto REUTERS
Serangan terhadap beberapa gereja semakin menjadi-jadi selepas Pope Francis mengumumkan mengadakan siri jelajah ke rantau Eropah
Terbaharu sebuah gereja kecil di Selatan Peru turut tidak terlepas menjadi mangsa serangan tersebut.
Gereja Virgin Carmen mengalami kerosakan kecil di pintu hadapannya selepas dipercayai dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Gereja itu berusia lebih seratus tahun.
Ia berlaku beberapa jam ketika Francis dijadualkan tiba ke negara itu.
Sebelum ini lebih 11 gereja musnah di Chile akibat dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
#Chile #gereja #mangsa #Peru #Pope Francis #serangan