JAKARTA: Bank Pembangunan Asia (ADB) mendapati sistem makanan kini berdepan tekanan yang semakin meningkat akibat cuaca ekstrem, kesan pandemik COVID-19, gangguan rantaian bekalan, serta ketakjaminan dan peningkatan konflik.
Keadaan ini mencetuskan kenaikan harga makanan global seperti dinyatakan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Indeks Harga Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyaksikan peningkatan hingga 54 peratus dari Mei 2020-Jun 2022.
"Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia," kata ketua Program Pembiayaan Rangkaian Perdagangan dan Bekalan (TSCFP) ADB, Steven Beck.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata bank itu meningkatkan had risiko TSCFP ke atas jaminan pembiayaan perdagangan untuk import makanan sebanyak US$300 juta bagi mengurangkan krisis yang semakin teruk di Asia dan Pasifik.
"Had baharu yang lebih tinggi membolehkan kami dan bank mengembangkan pembiayaan perdagangan serta meningkatkan keselamatan makanan di Asia," katanya.
Sejak Mac 2021, TSCFP menyokong lebih 1,900 import berkaitan makanan dan pertanian bernilai US$2.3 bilion kepada 10 negara membangun di Asia, terutamanya Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.
Disokong oleh penarafan kredit AAA ADB, TSCFP menyediakan pinjaman dan jaminan kepada lebih 200 bank rakan kongsi bagi menyokong perdagangan, mewujudkan peluang import dan eksport untuk perusahaan di seluruh Asia dan Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Protes besar-besaran bermula di Nigeria akibat kesukaran ekonomi, krisis makanan
Protes dilapor bermula awal di Lagos, hab komersial Nigeria, walaupun kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan demonstrasi.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
557,000 wanita di Gaza kini hadapi masalah kekurangan makanan - Wanita PBB
Ramai wanita di Gaza melangkau waktu makan atau mengurangkan pengambilan makanan mereka sendiri untuk memastikan anak-anak mereka mendapat makanan.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Erdogan usaha selamatkan perjanjian bijirin Ukraine
Moscow berkata perjanjian itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.
PBB bimbang krisis makanan semasa jejaskan Asia Barat
Lima negara di rantau Asia Barat mengalami kadar inflasi makanan melebihi 60 peratus.
DUN Sabah: Transformasi sektor pertanian wajar, elak krisis makanan - Ghulam Haidar
Penekanan Belanjawan Sabah 2023 bagi sektor pertanian penting dalam usaha mentransformasikan sektor itu supaya lebih moden dan dinamik.
Negara maju digesa tunai janji, peruntukan AS$100 bilion tangani bencana iklim
Berdepan bencana iklim, krisis makanan dan tenaga, multilateralisme dan kerjasama dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar.
PBB gesa semua pihak perbaharui perjanjian bijirin Ukraine
Perjanjian itu yang pada mulanya ditandatangani untuk 120 hari, akan tamat pada 19 November.
Sistem makanan berdepan tekanan - Bank Pembangunan Asia
Krisis makanan yang semakin meningkat bermakna lebih ramai keluarga kelaparan setiap hari di negara membangun di Asia.