[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Sistem penjagaan kesihatan Gaza hampir lumpuh sepenuhnya - ICRC

Bernama 09/06/2025 | 07:24 MYT
ICRC memaklumkan bahawa kebanyakan rakyat Palestin yang cedera sedang berusaha untuk sampai ke pusat agihan bantuan. - Foto Reuters
GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza hampir lumpuh sepenuhnya, susulan tindakan genosid yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah itu selama lebih setahun setengah, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).


Ringkasan AI
  • Sistem kesihatan Gaza hampir lumpuh: ICRC memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza berada dalam keadaan kritikal akibat serangan berterusan, dengan kebanyakan rakyat Palestin yang cedera berusaha mendapatkan bantuan.
  • Ancaman terhadap hospital dan petugas perubatan: Serangan di sekitar hospital yang masih beroperasi semakin meningkat, membahayakan petugas perubatan yang berusaha menyelamatkan nyawa dalam keadaan sukar.
  • Jumlah pesakit yang tinggi dan keletihan petugas Hospital medan ICRC di Rafah menerima lebih 916 kes dalam tempoh dua minggu, termasuk 41 mangsa yang meninggal dunia sebaik tiba, menunjukkan betapa terdesaknya keadaan di Gaza.


Dalam satu kenyataan pada Ahad, ICRC memaklumkan bahawa kebanyakan rakyat Palestin yang cedera sedang berusaha untuk sampai ke pusat agihan bantuan.

ICRC turut menyatakan bahawa beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan peningkatan serangan di sekitar beberapa hospital yang masih beroperasi di Gaza, sambil menyeru supaya kemudahan penjagaan kesihatan yang masih ada dipelihara bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Ia menegaskan bahawa petugas perubatan menghadapi cabaran besar untuk menyelamatkan nyawa dalam keadaan serangan berterusan, sekali gus mengancam keselamatan mereka dan kesinambungan operasi hospital medan.

Jawatankuasa itu mengesahkan bahawa kadar kemasukan pesakit yang cedera yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan petugas perubatan keletihan, dengan hospital medan ICRC di Rafah menerima lebih 916 kes dalam tempoh dua minggu lepas, termasuk 41 mangsa yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

-- BERNAMA




#Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah #ICRC #hospital di Gaza #sistem penjagaan kesihatan