DUNIA
Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan Israel
Serangan Israel menyebabkan 639 orang terkorban dan lebih 1,300 cedera, menurut media Iran. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan udara Israel di ruang udara Gorgan, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan Iran pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan udara Israel di ruang udara Gorgan, menurut laporan media tempatan.
- Ketegangan memuncak sejak Jumaat lalu selepas Israel menyerang beberapa lokasi penting di Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear.
- Serangan Israel menyebabkan 639 orang terkorban dan lebih 1,300 cedera, menurut media Iran.
Menurut laporan, serangan dikesan antara pasukan Iran dan Israel di ruang udara bandar Gorgan, ibu kota Wilayah Golestan di timur laut Iran.
Ketegangan memuncak sejak Jumaat lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sekali gus mencetuskan serangan balas dari pihak Tehran.
Sementara itu, menurut laporan media Iran, serangan Israel mengorbankan seramai 639 orang, manakala lebih 1,300 lagi cedera.
-- BERNAMA