[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Situasi kekok... Ivanka Trump cuba mencelah perbualan pemimpin dunia di G20

Noor Aiman Haziq 01/07/2019 | 03:39 MYT
Sebuah video di Instagram menunjukkan suasana kekok apabila anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump cuba mencelah dalam perbualan antara tokoh-tokoh besar Eropah pada Sidang G20 Sabtu lepas. - REUTERS/Kevin Lamarque/File Photo
SEBUAH video di Instagram menunjukkan suasana yang disifatkan 'kekok' apabila anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump cuba mencelah dalam perbualan antara tokoh-tokoh besar Eropah pada Sidang G20 Sabtu lepas.
Video yang dimuat naik akaun Instagram kediaman rasmi Presiden Republik Perancis, Palais de l’Élysée itu menjadi topik hangat di Twitter, terutamanya dalam kalangan penggiat politik Amerika Syarikat.
Alexandria Ocasio-Cortez, seorang ahli politik dan aktivis ternama Amerika Syarikat (AS), berkata bahawa penyertaan Ivanka mengancam reputasi AS dalam dunia diplomasi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam video tersebut, kelihatan Ivanka cuba mencelah dalam sebuah perbincangan antara Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri Britain Theresa May, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.
Sementara itu, pengguna Twitter dan yang mengikuti perkembangan itu juga menyifatkan 'percubaan' Ivanka untuk menonjolkan diri di situ tidak kena pada tempat dan situasinya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sewaktu Sidang G20, Ivanka sempat menyampaikan sebuah ucapan di Majlis Rasmi Pemerkasaan Wanita, di mana beliau menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk mengutamakan hak wanita dan beliau juga memuji pentadbiran Amerika Syarikat di bawah pimpinan ayahnya atas usaha mewujudkan inisiatif Pembangunan dan Kemakmuran Global Wanita.
Sidang G20 tahun ini merupakan persidangan antara 19 negara dan Kesatuan Eropah yang mewakili majoriti besar ekonomi dunia.
Ia berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Osaka pada 28 hingga 29 Jun. Lapan tema Sidang G20 pada tahun ini adalah 'Ekonomi Global', 'Perdagangan dan Pelaburan', 'Inovasi', 'Alam Sekitar dan Tenaga', 'Guna Tenaga', 'Pemerkasaan Wanita', 'Pembangunan' dan 'Kesihatan'.
#Amerika Syarikat #Britain #CHRISTINE LAGARDE #Donald Trump #Emmanuel Macron #G20 #IMF #Instagram #Ivanka Trump #Perdana Menteri #politik #presiden #Theresa May #Twitter #wanita