DUNIA

"Situasi kemanusiaan di Gaza melampaui malapetaka" - Palang Merah

Bernama 30/05/2025 | 04:33 MYT
ICRC: "Situasi kemanusiaan di Gaza adalah melampaui malapetaka." - Foto AP
GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Khamis menggesa agar orang awam termasuk yang cedera dan sakit di Gaza dihormati serta dilindungi, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).


Ringkasan AI
  • Seruan perlindungan orang awam: ICRC menggesa agar orang awam di Gaza, termasuk yang cedera dan sakit, dihormati serta dilindungi.
  • Krisis kemanusiaan yang kritikal: Konflik yang berlanjutan selama 600 hari serta sekatan terhadap bantuan telah menyebabkan penderitaan besar bagi penduduk Gaza.
  • Cabaran hidup harian: Penduduk Gaza berdepan kesukaran mendapatkan makanan, perlindungan, dan keselamatan dalam keadaan yang semakin meruncing.


"Situasi kemanusiaan di Gaza adalah melampaui malapetaka," menurut ICRC dalam satu kenyataan.

"600 hari pertempuran, ditambah dengan sekatan ketat terhadap kemasukan dan pengagihan bantuan kemanusiaan, terus menyebabkan penderitaan besar dan meluas ke atas orang awam. Setiap hari, penduduk bergelut untuk terus hidup, memberi makan keluarga dan mencari sedikit perlindungan serta keselamatan," menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA




#bantuan kemanusiaan #Gaza #Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah #ICRC #terkini