DUNIA
Situasi kemanusiaan pelarian Sudan semakin parah - PBB
PBB melaporkan peningkatan mendadak keperluan bantuan berikutan gelombang perpindahan besar-besaran di Sudan ketika ini. - Gambar fail
HAMILTON (Kanada): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menyuarakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan yang kian merosot di Darfur dan Kordofan, sambil melaporkan peningkatan mendadak keperluan bantuan berikutan gelombang perpindahan besar-besaran, menurut Anadolu Ajansi.
"Rakan-rakan kemanusiaan melaporkan lebih 100,000 orang melarikan diri dari El Fasher dan kawasan sekitar sejak akhir Oktober, ketika kawasan itu dikuasai Rapid Support Forces (RSF)," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric pada sidang media, sambil menambah bahawa "ramai masih tidak dapat dikesan."
Beliau menegaskan bahawa mereka yang melarikan diri dari El Fasher tiba di lokasi penempatan semula dalam keadaan yang sangat teruk.
Kumpulan bantuan sedang menyediakan sokongan kecemasan termasuk air, sanitasi, makanan dan rawatan perubatan.
Di Tawila, Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menyampaikan perkhidmatan kesihatan dan pemakanan kepada lebih 3,500 pesakit sejak akhir Oktober, menjalankan saringan malnutrisi terhadap hampir 800 kanak-kanak serta membekalkan 150,000 liter air setiap hari bagi memenuhi keperluan kira-kira 20,000 orang.
Dujarric berkata, peningkatan serangan di seluruh wilayah Kordofan terus memaksa keluarga meninggalkan rumah mereka dan pada Selasa, lebih 600 orang dipindahkan dari dua kampung di Kordofan Utara dan Selatan.
Memetik Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), beliau melaporkan, hampir 40,000 penduduk telah dipindahkan di seluruh Kordofan Utara sejak 26 Okt.
"Kami terus menyeru akses selamat dan tanpa halangan bagi menyalurkan bantuan menyelamatkan nyawa ke Kordofan, Darfur dan seluruh Sudan," katanya.
Tentera Sudan dan pasukan separa tentera RSF terlibat dalam perang yang memusnahkan negara itu sejak 15 April 2023, meragut ribuan nyawa dan memaksa jutaan penduduk meninggalkan rumah masing-masing.
-- BERNAMA