DUNIA
Skandal 1MDB: Tim Leissner mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Leissner (kanan) menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya itu, lapor Agensi Reuters. Gambar fail.
NEW YORK: Bekas pegawai tinggi Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di New York pada Khamis selaku berperana penting dalam skandal berbilion dolar membabitkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Leissner, 55, menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya itu, lapor Agensi Reuters.
"Pertama sekali, saya memohon maaf secara tulus kepada rakyat Malaysia, saya amat menyesali perbuatan saya," katanya.
Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat menganggarkan $4.5 bilion telah dicuri daripada 1MDB dalam skim terperinci melangkaui dunia dan melibatkan pegawai peringkat tertinggi dalam dana itu, iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, eksekutif Goldman dan lain-lain.
Ketua Hakim, Margo Brodie menyifatkan tindakan Leissner 'biadab dan berani', dan menyatakan walaupun Leissner telah memohon maaf serta bekerjasama dengan pihak berkuasa namun kesalahannya tidak boleh diterima kerana melibatkan rasuah di peringkat tertinggi di beberapa negara.
Leissner mengaku bersalah pada 2018 atas konspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan menyertai konspirasi pengubahan wang haram.
Goldman membantu menjual bon $6.5 bilion untuk 1MDB, yang ditubuhkan oleh Najib dengan bantuan Jho Low yang kini dalam buruan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi.
Sebahagian daripada dana itu dialihkan ke akaun bank luar pesisir dan syarikat-syarikat 'shell'.
Leissner menjadi saksi kerajaan AS dalam kes itu selepas penahanannya pada 2018 dan dibenarkan kekal bebas selepas dia bersetuju membantu kerajaan dalam siasatan dan memberi keterangan terhadap bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng.
Ng mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat untuk penggubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah.
Beliau juga disabitkan bersalah di Brooklyn dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, namun dibawa ke Malaysia pada 2023 untuk membantu siasatan.
Menurut pendakwa raya, Leissner bertemu dengan kerajaan berpuluh-puluh kali, meneliti banyak dokumen dan komunikasi yang diterimanya berkaitan skim 1MDB dan perkara lain.
Peguamnya, Henry Mazurek berkata, pihaknya menghormati keputusan mahkamah dan menyatakan anak guamnnya bersedia menjalani hukuman yang dikenakan ke atasnya.
"Kami menghormati keputusan mahkamah hari ini dan Leissner bersedia menjalani hukumannya dan meneruskan kehidupan masa depannya dengan kerja baik dan menjaga keluarganya," katanya.
Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman di bawah julat garis panduan yang terpakai kerana kerjasama Leissner dalam siasatan.

#1MDB
#Amerika Syarikat
#Jho Low
#Malaysia
#Najib Razak
#New York
#pelaburan
#pengubahan wang haram
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#Rasuah