[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Skandal beg udara: CEO Takata mohon maaf

Agensi 26/06/2015 | 01:59 MYT
Kenyataan maaf berkenaan dikeluarkan dalam sidang media di Tokyo pada Khamis. - Foto AP
Ketua Pegawai Eksekutif pengeluar beg udara Jepun, Takata Corporation, Shigehisa Takata mengeluarkan kenyataan maaf susulan pemanggilan balik 33 juta kenderaan.
Kenyataan maaf berkenaan dikeluarkan dalam sidang media di Tokyo pada Khamis, dalam kemunculan pertama selepas skandal berkenaan beg udara tersebut.
Sehingga kini lapan orang telah terbunuh susulan daripada kecederaan yang disebabkan oleh beg udara keluaran Takata.
dalam masa yang sama beg udara yang meletup dengan tekanan yang sangat tinggi itu, turut mengakibatkan 100 orang cedera.
#beg udara #Takata