DUNIA
Slovenia isytihar Netanyahu 'persona non grata', larang masuk negara

Slovenia mengisytiharkan Benjamin Netanyahu (foto) sebagai persona non grata susulan prosiding jenayah perang antarabangsa terhadapnya. -Gambar fail/AP
LJUBLJANA: Kerajaan Slovenia semalam mengisytiharkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai persona non grata, sekali gus melarang pemimpin rejim zionis itu daripada memasuki negara itu berikutan prosiding jenayah perang yang sedang berjalan terhadapnya di peringkat antarabangsa.
Ringkasan AI
- Slovenia mengisytiharkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai persona non grata susulan prosiding jenayah perang antarabangsa terhadapnya.
- Tindakan ini menyusul laporan ICJ dan PBB yang menyimpulkan pelanggaran undang-undang kemanusiaan oleh Israel, serta larangan terdahulu terhadap dua menteri Israel.
- Slovenia turut mengenakan embargo senjata dan larangan import dari penempatan haram Israel, serta menyumbang dana kepada Pihak Berkuasa Palestin sebagai sokongan kemanusiaan.
Netanyahu menjadi pemimpin ketiga Israel yang diharamkan memasuki Slovenia selepas Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir; dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich turut diisytihar persona non grata pada Julai lalu atas kenyataan yang didakwa menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin.
Slovenia, yang merupakan anggota Kesatuan Eropah dan NATO, sebelum ini turut mengenakan embargo senjata terhadap Israel serta melarang import barangan dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap penyelesaian dua negara, Slovenia turut meluluskan sumbangan sebanyak €1.2 juta (RM6 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin bagi menyokong kestabilan pentadbiran dan kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat.
Langkah diplomatik ini dijangka meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Israel, yang kini berdepan pelbagai tindakan sekatan dan gesaan penggantungan daripada badan sukan dan hak asasi manusia global.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami