[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Bapa Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri – Semak Laporan Penuh Di Sini
DUNIA

Sokongan antarabangsa diperlukan untuk tubuhkan negara Palestin - Menteri Luar Perancis

Bernama 03/06/2025 | 12:57 MYT
Barrot menegaskan komitmen Perancis untuk menghimpunkan sokongan rakan antarabangsa dalam usaha diplomatik. - Reuters
RAMALLAH: Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot pada Selasa berkata bahawa mewujudkan syarat yang diperlukan bagi penubuhan sebuah negara Palestin adalah penting, sekali gus mengesahkan sokongan Perancis terhadap penganjuran persidangan damai antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Barrot ketika bercakap kepada pemberita menegaskan komitmen Perancis untuk menghimpunkan sokongan rakan antarabangsa dalam usaha diplomatik bagi merealisasikan aspirasi sah rakyat Palestin untuk mendapatkan negara sendiri.

"Perancis memainkan peranannya dalam menyokong penganjuran persidangan antarabangsa di bawah naungan PBB," katanya sambil menambah bahawa Paris sedang berusaha memastikan sidang kemuncak itu -- yang dijadual berlangsung di New York dalam tempoh 15 hari akan datang -- menghasilkan keputusan yang konkrit dan bercita-cita tinggi.

-- BERNAMA

#jean-moel barrot #negara Palestin #Perancis #sokongan antarabangsa #PBB