KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini adalah mesej yang jelas kepada semua negara Islam supaya bersatu dalam membela rakyat Palestin yang tertindas, kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Beliau menyeru negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta semua negara yang percaya kepada demokrasi dan hak asasi manusia untuk mengambil tindakan yang sama serta menggunakan pengaruh mereka untuk memberi tekanan serius ke atas Israel.
"Bersatulah untuk sekali ini demi memberi harapan kepada rakyat Palestin, agar mereka merasakan perjuangan mereka disokong oleh 1.7 bilion saudara Islam di seluruh dunia.
"Saya tahu sokongan paling kuat yang boleh kita peroleh daripada negara Arab dan Islam hanyalah dengan mengutuk pencerobohan Israel. Itu tidak mencukupi.
"Malaysia tidak ragu-ragu untuk melakukan yang terbaik, tetapi Malaysia sahaja tidak boleh melakukannya. Kita memerlukan negara lain untuk lakukan perkara yang sama. Tiada sebab mengapa negara lain tidak boleh melakukannya," katanya dalam program bual bicara bertajuk 'Bicara Khas: Keadilan untuk Palestin' di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Ahad malam.
Semasa pertemuan pemimpin ASEAN dengan Presiden Joe Biden pada sidang kemuncak khas di Washington D.C. pada 13 Mei, Ismail Sabri telah meminta AS bersikap jujur dan telus dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
"Kekejaman Israel perlu dihentikan. AS perlu jujur selesai isu itu. Kalau di Ukraine, Amerika boleh mengambil tindakan cepat, kita mahukan tindakan yang sama diambil terhadap isu Palestin," kata Perdana Menteri.
Beliau menegaskan bahawa Israel terus melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa menyaksikannya setiap hari, namun tiada tindakan konkrit diambil untuk menghentikan kekejaman Israel.
"Eropah dan AS berjaya mengenakan sekatan terhadap Rusia atas apa yang berlaku di Ukraine. Kenapa tidak sekalipun ia dilakukan terhadap Israel?
"Rakyat Palestin sangat kecewa dan kami percaya kami telah diabaikan oleh masyarakat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata kestabilan di Asia Barat hanya boleh dicapai jika rakyat Palestin mendapat hak mereka dan Israel tidak mungkin menikmati keamanan tanpa menamatkan penderitaan Palestin.
"Isu Palestin adalah isu teras. Isu Palestin adalah asas kepada mana-mana penyelesaian di rantau ini," kata Abu Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Abu Ali berkata kestabilan di Asia Barat hanya boleh dicapai jika rakyat Palestin mendapat hak mereka. - Gambar/ Bernama
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Cukai & subsidi: Merungkai dasar tidak popular, strategi komunikasi berkesan
Berdasarkan laporan Ipsos, semakin ramai rakyat Malaysia kini percaya bahawa negara tidak mempunyai hala tuju yang betul. Ipsos mendedahkan lebih separuh rakyat Malaysia secara khusus menyatakan kebimbangan utama mereka tentang pembetulan kewangan dan politik. Kupasan lanjut bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff untuk bantu memahami laporan dan kebimbangan ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
AWANI Pagi: Sports Dentistry: Bersukan dan berekreasi dengan selamat
Ketahui perihal Sports Dentistry, yang memberi tumpuan kepada pencegahan dan rawatan akibat dari kecederaan atau masalah pergigian dialami individu bersukan. Kupasannya bersama Dr Siti Salwa binti Idris Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Kuala Lumpur 8.30 pagi nanti.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Malaysia guna segala saluran diplomatik yang ada perjuangkan isu Palestin - Mohamad Hasan
Malaysia menerusi Wisma Putra menggunakan semua saluran diplomatik yang ada untuk memberi tekanan kepada komuniti global supaya bertindak di atas nama kemanusiaan dalam isu Palestin.
Kritikan lantang PM Anwar kepada pemimpin barat tepat pada masanya
Kritikan lantang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap negara-negara Barat kerana tidak bertindak terhadap kekejaman Israel disifatkan tepat pada masanya.
China sokong keanggotaan penuh Palestin dalam Majlis Keselamatan PBB
China menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam PBB dan menyeru beberapa anggota UNSC supaya tidak menghalang proses itu.
Timbalan Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar OIC di Jeddah
Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa (5 Mac).
Delegasi MP Malaysia lawat Mesir pamer sokongan isu Palestin
Satu delegasi lima Ahli Parlimen Malaysia sedang dalam lawatan khas ke Mesir untuk mempamerkan sokongan penuh Malaysia terhadap isu Palestin.
Kenyataan lisan Malaysia di ICJ beri nilai tambah bagi isu Palestin
Kenyataan lisan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan memberi nilai tambah signifikan berhubung isu Palestin agar seluruh dunia cakna mengenai kekejaman yang dilakukan rejim Zionis.
Makanan di Gaza tak mencukupi - Agensi PBB
UNRWA memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.
Mohamad Hasan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat di luar Debat Terbuka UNSC
Mohamad berkata dalam pertemuan-pertemuan itu, beliau telah membincangkan keperluan untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya.
Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi ulangi pendirian kerajaan terhadap Palestin
Wan Junaidi berkata pendudukan, konflik dan permusuhan di Gaza tidak membawa faedah dan hanya mengakibatkan lebih banyak kesakitan dan penderitaan manusiawi.
APEC 2023: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, hasrat ketengah situasi di Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin APEC di San Francisco.