INTERNATIONAL

Solidariti warga UK susulan insiden serangan di London

Malik Ridhwan 04/06/2017 | 01:07 MYT
Solidariti warga United Kingdom sekali lagi dilihat apabila penduduk di sekitar kota London menawarkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat insiden serangan di London pada Sabtu. -Reuters
Solidariti warga United Kingdom sekali lagi dilihat apabila penduduk di sekitar kota London menawarkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat insiden serangan di London pada Sabtu.
Menerusi Twitter, ada yang menawarkan perkhidmatan teksi percuma juga tempat tinggal percuma kepada orang awam atau mangsa yang berada di sekitar London Bridge, Borough Market dan Vauxhall.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pusat Zakat di Whitechapel juga dibuka kepada sesiapa yang memerlukan perlindungan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, rumah ibadat Sikh Gurdwara di London turut membuka pintu kepada sesiapa yang memerlukan perlindungan, makanan dan minuman.
Semasa kejadian di Manchester 23 Mei lalu, hashtag #roomformanchester digunakan apabila penduduk Manchester menawarkan tempat tinggal percuma kepada mangsa yang terkesan dengan insiden pengeboman di Manchester Arena.
Solidariti rakyat UK seperti ini mencerminkan bahawa mereka semua tekad bersatu tatkala melalui saat getir ini.
#mangsa serangan #penginapan percuma #serangan #solidariti #teksi percuma #United Kingdom #warga United Kingdom