DUNIA
Solusi Dua Negara: Palestin tidak akan serahkan hak, Israel tidak mahu lepaskan tanah dijajah - Penganalisis
Bandar Rafah yang musnah akibat serangan Israel. - Gambar fail/AP/Mohammad Abu Samra
KUALA LUMPUR: Solusi Dua Negara bagi menamatkan perang di Palestin dianggap mustahil dilaksanakan dalam suasana tegang yang menyelubungi seluruh Asia Barat.
Ringkasan AI
Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Adam Leong Kok Wey berkata, keangkuhan rejim Zionis dijangka tidak melepaskan tanah yang telah dijajah dengan mudah.
“Solusi dua negara adalah amat sukar untuk dilaksanakan pada masa sekarang dan akan datang. Solusi ini merujuk kepada peta Palestin sebelum Perang Enam Hari 1967 yang mana Israel telah berjaya menawan banyak kawasan di Palestin, seterusnya mengecilkan sempadan Palestin.
“Kita nampak sekarang ada kawasan di Gaza dan Asia Barat. Saya lihat kerajaan Zionis tidak akan lepaskan tanah yang sudah lama dijajah dan diduduki sejak sekian lama dengan pendudukan, kilang industri dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin pula berkongsi perspektif penduduk Palestin yang terus berjuang untuk mendapatkan kembali tanah air yang dirampas secara haram.
"Rakyat Palestin berjuang puluhan tahun. Mereka tidak akan beri walau seinci tanah kepada Israel atau pihak yang mahu membangunkan ‘Riviera of the Middle East’. Ia tidak akan berlaku,” ujarnya.
Tambah Ahmad Fahmi, sebarang keputusan mengenai masa depan Palestin tidak wajar diletakkan di tangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Saya fikir dunia melihat tindakan hendak dilakukan oleh Trump yang mendakwa berjaya mengawal situasi di Ukraine-Rusia, India-Pakistan dan Iran-Israel. Seterusnya, kini dia mendakwa mahu mengawal situasi Hamas-Israel di Gaza.
“Trump sudah berpihak, tidak neutral dan tiada kredibiliti untuk bawa isu gencatan senjata. Istilah gencatan senjata ini seolah-olah difahami kita beri muka kepada dia (Israel) untuk hentikan serangan sekejap, kemudian sambung semula serangan.
“Kita tidak boleh setuju dengan gencatan senjata semata-mata, kita mesti hentikan terus peperangan,” jelasnya.
Pada Selasa, Trump memberitahu, Israel telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama 60 hari. Perkara tersebut disahkan oleh Israel pada Rabu, menurut media antarabangsa.
Trump berkata cadangan gencatan senjata itu telah disampaikan kepada Qatar dan Mesir untuk dipanjangkan kepada pihak Hamas.
Namun, setakat ini tiada sebarang keputusan muktamad sama ada Hamas akan bersetuju dengan cadangan Trump.
Ringkasan AI
- Keangkuhan rejim Zionis dan pendudukan tanah Palestin menjadikan pelaksanaan solusi dua negara sangat sukar, terutama dengan penolakan Israel untuk melepaskan wilayah yang telah dijajah.
- Penduduk Palestin menolak sebarang penyerahan tanah kepada Israel dan menentang projek pembangunan yang mengabaikan hak mereka, seperti Riviera of the Middle East.
- Tindakan dan kenyataan Trump dianggap berat sebelah serta bermotifkan politik, menjadikan cadangan gencatan senjata selama 60 hari diragui dan tidak menjamin penghentian perang secara menyeluruh.