awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sosialit Britain bersalah atas tuduhan pemerdagangan seks

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2021
21:13 MYT
Sosialit Britain bersalah atas tuduhan pemerdagangan seks
Maxwell disabitkan bersalah oleh 12 juri terhadap lima daripada enam pertuduhan termasuk pertuduhan paling serius memperdagangkan seks kanak-kanak bawah umur. - Foto REUTERS
NEW YORK: Sosialit Britain, Ghislaine Maxwell didapati bersalah pada Khamis kerana merekrut gadis untuk didera secara seksual oleh pengurus dana dan jutawan Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein.
Maxwell yang mencecah usia 60 tahun Krismas lalu, disabitkan bersalah oleh 12 juri terhadap lima daripada enam pertuduhan termasuk pertuduhan paling serius memperdagangkan seks kanak-kanak bawah umur.
Sabitan kesalahan buat Maxwell adalah dari lima ke 40 tahun.
40 tahun adalah bagi kes pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur, manakala sabitan lain bermula dari tempoh lima ke 10 tahun.
Rayuan telah dikemukan oleh peguam yang mewakili Maxwell dan menyatakan bahawa Maxwell tidak bersalah.
Maxwell yang berpendidikan Oxford merupakan anak perempuan kepada taikun media Britain iaitu mendiang Robert Maxwell, dibesarkan dalam kekayaan dan mempunyai keistimewaan sebagai rakan kepada keluarga diraja Britain.
Mangsa termuda yang diperdagangkan kepada Epstein adalah berusia 14 tahun.
Epstein, 66, membunuh diri di penjara pada 2019 sementara menunggu perbicaraan kes jenayah seks.
Topic Berkaitan
#Ghislaine Maxwell
#permerdagangan seks
#Jeffrey Epstein
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan