SpaceX lancar 15 lagi satelit internet ke orbit

Bernama
Julai 21, 2023 06:15 MYT
Roket Falcon 9 yang membawa satelit Starlink dilancarkan dari Pangkalan Angkasa Cape Canaveral, Florida, 9 Julai 2023. - Gambar fail AP
LOS ANGELES: Syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) SpaceX melancarkan 15 lagi satelit Starlink ke orbit pada Khamis, lapor Xinhua.
Satelit itu dilancarkan di atas roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkasa Vandenberg di California pada pukul 12.09 pagi (EDT Khamis).
Sejurus pelancaran itu, Falcon 9 peringkat pertama mendarat di kapal dron Of Course I Still Love You yang ditempatkan di Lautan Pasifik.
Starlink akan menyediakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi ke lokasi yang tidak mempunyai akses, tidak stabil atau mahal, menurut SpaceX.
-- BERNAMA
#SpaceX #satelit Starlink #internet jalur lebar berkelajuan tinggi #roket Falcon 9