awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship

Bernama
Bernama
20/11/2024
07:22 MYT
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
Elon Musk bercakap dengan Presiden Terpilih AS, Donald Trump sewaktu menyaksikan pelancaran SpaceX Starship pada Selasa. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa, lapor Xinhua.
Starship berlepas dari kemudahan Starbase syarikat itu berhampiran Brownsville di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) kira-kira 4.01 petang waktu tengah.
Enjin Raptor Starship diaktifkan semasa pemisahan menerusi teknik "hot-staging". Beberapa minit selepas berlepas, penggalak Super Heavy memulakan pembakaran pendaratan dan mendarat dengan terkawal di Teluk Mexico.
Starship berjaya mengaktifkan satu daripada enjin Raptornya semasa berada di angkasa buat kali pertama. Kira-kira satu jam lima minit selepas pelancaran, Starship mendarat di Lautan Hindi.
Antara objektif ujian baharu ini termasuk penggalak Super Heavy kembali ke tapak pelancaran untuk tangkapan, menghidupkan semula enjin Raptor di angkasa, serta menguji rangkaian perisai haba dan perubahan pergerakan untuk kemasukan semula dan penurunan kapal di Lautan Hindi, menurut SpaceX.
Bagaimanapun, SpaceX tidak berjaya mengembalikan penggalak ke tapak pelancaran seperti yang dirancang. Sebaliknya, SpaceX memilih untuk mendaratkan penggalak Super Heavy di Teluk Mexico. Sebabnya masih belum diketahui.
Melalui pelbagai ujian penerbangan, SpaceX berhasrat untuk memulihkan dan menggunakan semula penggalak Super Heavy dan kapal angkasa Starship dengan cepat untuk misi akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SpaceX
#Elon Musk
#Donald Trump
#Starship
#lancar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan