DUNIA

Speaker Eduardo Cunha letak jawatan

Agensi 08/07/2016 | 07:04 MYT
Cunha menjawab soalan wartawan selepas meletak jawatan pada 7 Julai. - Foto AFP
Individu yang menerajui usaha untuk mencabar Presiden Brazil yang digantung, Dilma Rousseff telah meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Kongres.

Hakim telah menggantung Eduardo Cunha atas tuduhan-tuduhan menghalang keadilan dan memegang akaun Bank Swiss bernilai jutaan dolar.

Cunha memulakan prosiding terhadap Rousseff pada Disember 2015, menuduh beliau melanggar undang-undang fiskal, yang menafikan pemimpin dilanda masalah.

Pada Khamis, Cunha mengalirkan air mata ketika mengumumkan peletakan jawatannya.

Beliau berharap pengumumannya itu dapat mengakhiri huru-hara di Brazil.

Cunha juga berkata beliau dianiaya oleh penyiasat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Rousseff.



#Dilma Rousseff #Eduardo Cunha #politik di Brazil