awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spesies kupu-kupu dinamakan sempena watak Lord of the Rings Sauron

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2023
23:15 MYT
Spesies kupu-kupu dinamakan sempena watak Lord of the Rings Sauron
Nama Saurona diberikan kerana gegelang hitam pada sayap serangga itu dikatakan mirip 'the all-seeing eye' yang disifatkan dalam buku JRR Tolkien. - Foto Twitter/@NHM_London
PARA saintis telah menamakan sekumpulan kupu-kupu dengan nama Sauron iaitu watak jahat dari novel 'Lord of the Rings'.
Nama Saurona diberikan kerana gegelang hitam pada sayap serangga itu dikatakan mirip 'the all-seeing eye' yang disifatkan dalam buku JRR Tolkien.
Muzium Natural History di London berharap nama unik berkenaan akan menarik perhatian orang ramai terhadap spesis kupu-kupu berkenaan bagi menjalankan lebih banyak kajian.
Dua spesies kupu-kupu telah ditambah dalam genus baharu Saurona itu.
Saurona triangular dan Saurona aurigera merupakan spesies yang pertama dimasukkan dalam kumpulan itu namun lebih banyak lagi akan tambah kemudian.
Nama itu dipilih oleh Dr Blanca Heurtas, kurator kupu-kupu di muzium berkenaan.
Beliau juga merupakan sebahagian daripada penyelidik antarabangsa yang menerbitkan artikel tentang genus baharu itu dalam jurnal Systematic Entonology.
Sekumpulan 30 saintis dari seluruh dunia telah melakukan kajian selama 10 tahun ke atas kupu-kupu jenis Euptychiina ini.
Lebih daripada 400 spesis kupu-kupu dikaji dan diklasifikasikan berdasarkan DNA.
Ini bukan kali pertama sekumpulan haiwan dinamakan sempenan Sauron.
Sebelum ini nama itu pernah digunakan bagi kumbang tinja, katak serta dinosaur.
Topic Berkaitan
#kupu-kupu
#Sauron
#Lord of the Rings
#Saurona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan