DUNIA
Sri Lanka berjaga-jaga susulan kemunculan kes virus Nipah di timur India
Sri Lanka sedang menjejaki perkembangan di peringkat serantau dan kekal berhubung dengan sistem pemantauan kesihatan antarabangsa.
COLOMBO: Sri Lanka mempertingkatkan langkah pemantauan susulan laporan kemunculan kluster virus Nipah di negeri Bengal Barat, timur India, ketika pihak berkuasa kesihatan di beberapa bahagian Asia meningkatkan kewaspadaan terhadap perkembangan situasi itu, menurut akhbar Daily Mirror, lapor Xinhua.
Pegawai kesihatan berkata, Sri Lanka sedang menjejaki perkembangan di peringkat serantau dan kekal berhubung dengan sistem pemantauan kesihatan antarabangsa.
Walaupun tiada kes dilaporkan di dalam negara setakat ini, pihak berkuasa memaklumkan yang langkah kesiapsiagaan dilaksanakan sekiranya keadaan berubah.
Amaran itu dikeluarkan susulan pengesahan oleh pihak berkuasa India mengenai sekurang-kurangnya lima jangkitan virus Nipah di Bengal Barat, termasuk kes melibatkan petugas kesihatan.
Perkembangan itu mendorong beberapa negara di rantau ini untuk memperkukuh langkah pencegahan, khususnya di lapangan terbang antarabangsa.
Virus Nipah ialah penyakit zoonotik yang boleh merebak antara haiwan dan manusia serta, dalam sesetengah kes, melalui penularan daripada manusia kepada manusia.
Ia diklasifikasikan sebagai patogen utama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berikutan risiko wabaknya dan tahap keterukan penyakit yang boleh dicetuskannya.
Wabak virus Nipah sebelum ini dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi, antara 40 peratus hingga 75 peratus.
--BERNAMA-XINHUA