awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka guna dana COVID-19 untuk import ubat

Bernama
Bernama
03/06/2022
21:15 MYT
Sri Lanka guna dana COVID-19 untuk import ubat
Sri Lanka akan membelanjakan 1.8 bilion rupee (kira-kira AS$5 juta) daripada dana COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan yang amat diperlukan, meskipun berdepan kekurangan bekalan barangan keperluan. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sri Lanka akan membelanjakan 1.8 bilion rupee (kira-kira AS$5 juta) daripada dana COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan yang amat diperlukan, meskipun berdepan kekurangan bekalan barangan keperluan.
Presiden Gotabaya Rajapaksa telah mengarahkan pegawainya menggunakan Dana Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Sosial COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan, lapor Daily Mirror Sri Lanka pada Jumaat.
Dana itu diperoleh hasil sumbangan penderma bagi tujuan memerangi wabak COVID-19.
Sri Lanka berdepan kekurangan barangan keperluan, terutamanya membabitkan bahan api, di samping kadar inflasi semakin meningkat.
Syarikat milik kerajaan, Litro Gas Lanka pada Jumaat menghentikan pembekalan silinder gas petroleum cecair (LPG) sementara menunggu kargo baharu yang bakal tiba, menurut laporan media.
Sri Lanka kini mengadakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memperoleh bantuan pinjaman.
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe pada Khamis berkata rundingan itu dijangka dimuktamadkan akhir bulan ini.
"Penstrukturan semula hutang telah bermula, berikutan pelantikan penasihat kewangan dan undang-undang.
"Kami juga telah menghubungi Jepun untuk mendapatkan bantuan. Hubungan dengan Jepun telah terjejas kami sedang berusaha memulihkan hubungan dan mendapatkan semula keyakinan mereka.
"Kami juga dalam proses rundingan menyambung pinjaman dengan India," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#import ubat
#Dana COVID-19
#Presiden Gotabaya Rajapaksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan