Sri Lanka kuat kuasa perintah berkurung selama 36 jam

Bernama
April 3, 2022 02:30 MYT
Anggota tentera dilihat sebaik sahaja perintah berkurung diumumkan Presiden Gotabaya Rajapaksa. - Foto AP
COLOMBO: Sri Lanka mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara dari 6 petang Sabtu hingga 6 pagi Isnin ketika negara itu berdepan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi, lapor Xinhua.
Pada Jumaat, Presiden Gotabaya Rajapaksa mengeluarkan warta mengenai Luar Biasa yang pengisytiharan darurat itu dan berkuat kuasa serta-merta.
Rajapaksa berkata pengisytiharan darurat itu demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam serta membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dilaksana untuk rakyat.
Berikutan itu penunjuk perasaan merancang mengadakan protes pada Ahad.
-- BERNAMA
#perintah berkurung #krisis ekonomi #Inflasi #Gotabaya Rajapaksa