awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka sangat rentan kepada perubahan iklim - Penasihat iklim

Bernama
Bernama
13/10/2022
20:23 MYT
Sri Lanka sangat rentan kepada perubahan iklim - Penasihat iklim
Sri Lanka disenaraikan sebagai negara kedua paling teruk terjejas akibat perubahan iklim menurut Indeks Risiko Iklim Global 2019. - Gambar hiasan/AP
COLOMBO: Penasihat antarabangsa mengenai perubahan iklim kepada Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pada Khamis berkata Sri Lanka sangat rentan kepada perubahan iklim kerana kawasan keringnya di utara semakin mengering dan kawasan lembap di selatan semakin basah.
Semasa lawatan ke negara Asia Selatan itu, bekas Menteri Norway Erik Solheim berkata ancaman daripada tanah runtuh dan cuaca ekstrem akan meningkat dan langkah-langkah perlu dilakukan untuk mengatasi cabaran itu, lapor Xinhua.
Beliau memberitahu media tempatan bahawa usaha menangani perubahan iklim bagaimanapun membuka ruang besar untuk mewujudkan pekerjaan hijau.
"Tenaga boleh diperbaharui, mobiliti elektrik, penanaman pokok, pertanian hijau dan eko-pelancongan semuanya menawarkan peluang besar untuk pekerjaan dan kemakmuran dalam dalam masa yang sama menjaga bumi," kata Solheim.
Sri Lanka disenaraikan sebagai negara kedua paling teruk terjejas akibat perubahan iklim menurut Indeks Risiko Iklim Global 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Ranil Wickremesinghe
#cuaca ekstrem
#rentan kepada perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan