awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka: Sekatan COVID-19 untuk pelancong asing dimansuh

Bernama
Bernama
07/12/2022
08:41 MYT
Sri Lanka: Sekatan COVID-19 untuk pelancong asing dimansuh
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keperluan mempamerkan sijil vaksinasi COVID-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara telah dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua - Gambar/ Unsplash
COLOMBO: Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Rabu mendedahkan bahawa sekatan COVID-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara telah dibatalkan.
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keperluan mempamerkan sijil vaksinasi COVID-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara telah dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.
Selain itu, keputusan ujian negatif COVID-19 semasa ketibaan atau sebelum menaiki pesawat, termasuk tindak balas rantai polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas (RAT) tidak lagi diperlukan.
Jika warga asing atau pelancong didapati positif COVID-19 selepas mendarat di Sri Lanka, mereka harus mengasingkan diri selama tujuh hari di hospital swasta, hotel atau tempat tinggal mereka dan kos rawatan atau pengasingan perlu ditanggung sendiri, menurut kementarian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#sekatan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan