DUNIA
Staf tadika di China ditahan selepas keracunan plumbum jejas 247 kanak-kanak
Sehingga tengah hari Ahad, kesemua 247 kanak-kanak dengan tahap plumbum tidak normal menerima rawatan sama ada di hospital atau melalui intervensi pemakanan di rumah. - Gambar hiasan
LANZHOU: Enam individu termasuk pelabur, pengetua dan petugas dapur sebuah tadika ditahan di Wilayah Gansu, barat laut China kerana secara sengaja menambahkan pigmen toksik mengandungi plumbum ke dalam makanan kanak-kanak, mengakibatkan keracunan terhadap 247 murid prasekolah, menurut hasil siasatan kerajaan yang diumumkan pada Ahad, lapor Xinhua.
Siasatan yang diarah oleh kepimpinan Wilayah Gansu dan melibatkan pakar alam sekitar serta kesihatan persekutuan, mendapati tukang masak di Tadika Heshi Peixin, Daerah Maiji, Bandar Tianshui, menambah pigmen yang jelas dilabelkan sebagai "tidak boleh dimakan" ke dalam tepung untuk membuat gulungan jagung dan kek kurma.
Pastri ini dihidangkan kepada kanak-kanak dan kakitangan setiap bulan sejak Mei 2024.
Pengetua tadika mengarahkan amalan ini bagi menjadikan makanan kelihatan lebih berwarna-warni dan menarik untuk tujuan pemasaran dengan persetujuan daripada pelabur tadika.
Analisis makmal terhadap sampel makanan mendapati kepekatan plumbum yang berlebihan iaitu 1,340 mg/kg dalam gulungan jagung dan 1,052 mg/kg dalam kek kurma jauh melebihi had yang dibenarkan.
Daripada 251 kanak-kanak yang diuji, 247 didapati mempunyai tahap plumbum dalam darah yang tidak normal (termasuk 14 kes tambahan yang dikenal pasti semasa ujian susulan), serta 28 kakitangan.
Sehingga tengah hari Ahad, kesemua 247 kanak-kanak dengan tahap plumbum tidak normal menerima rawatan sama ada di hospital atau melalui intervensi pemakanan di rumah.
Seramai 234 kanak-kanak telah menamatkan rawatan pertama mereka dan dibenarkan keluar dari hospital, manakala seorang kanak-kanak masih dirawat.
Lima kanak-kanak yang meninggalkan tadika itu tahun lepas turut dikesan mempunyai tahap plumbum tidak normal dan kini menerima rawatan pemakanan di rumah.
Penilaian klinikal oleh pakar menunjukkan purata penurunan sebanyak 40.21 peratus dalam tahap plumbum darah selepas rawatan, mencapai sasaran terapeutik yang ditetapkan.
Pihak polis menahan enam suspek, termasuk dua yang kini dalam tahanan jenayah dan tiga lagi dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut. Kes ini masih dalam siasatan.
Pihak berkuasa tatatertib wilayah turut menyiasat 10 pegawai tempatan, termasuk Pengarah Suruhanjaya Kesihatan wilayah dan pemimpin bandar Tianshui.
Kerajaan Wilayah Gansu berjanji akan memberikan sokongan penuh terhadap penjagaan perubatan kanak-kanak terbabit, termasuk rawatan percuma dan bantuan kewangan untuk keluarga yang memilih mendapatkan rawatan di tempat lain.
--BERNAMA-XINHUA