awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Starliner Boeing kembali ke bumi, 2 angkasawan kekal terkandas di ISS

Bernama
Bernama
07/09/2024
08:45 MYT
Starliner Boeing kembali ke bumi, 2 angkasawan kekal terkandas di ISS
Starliner, yang dilancarkan pada 5 Jun mengalami kebocoran helium yang berterusan, menyebabkan kepulangannya ke Bumi ditangguh empat kali. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengumumkan bahawa kapal angkasa Starliner tanpa kru milik Boeing berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2204GMT Jumaat untuk kembali ke Bumi.
Agensi Anadolu melaporkan bahawa kapsul itu dijangka mendarat pada 0400 GMT di White Sands Space Harbour, New Mexico, Amerika Syarikat (AS).
Angkasawan NASA Butch Wilmore dan Suni Williams pada asalnya dijadual kembali menaiki Starliner, akan kekal di ISS sehingga Februari 2025, melanjutkan misi mereka daripada lapan hari kepada lebih lapan bulan.
Mereka dijangka kembali ke Bumi dengan menggunakan kapal angkasa SpaceX Dragon milik Elon Musk.
Keputusan untuk mengekalkan angkasawan di ISS dibuat selepas NASA menganggap situasi terlalu berisiko untuk mereka kembali menggunakan kapsul Boeing yang mengalami kerosakan.
Starliner, yang dilancarkan pada 5 Jun mengalami kebocoran helium yang berterusan, menyebabkan kepulangannya ke Bumi ditangguh empat kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkasawan terkandas
#ISS
#Starliner
#Space X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan