DUNIA

Starlink janji internet percuma untuk Venezuela hingga 3 Februari

Bernama 04/01/2026 | 11:15 MYT
Starlink menawarkan akses internet percuma kepada penduduk Venezuela sehingga 3 Februari bagi memastikan ketersambungan yang berterusan. -Gambar fail/Amanz
MOSCOW: Perkhidmatan internet satelit Starlink milik SpaceX yang dimiliki oleh usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk memaklumkan bahawa ia akan menyediakan akses internet percuma dan tanpa gangguan kepada rakyat Venezuela hingga 3 Februari, susulan operasi keselamatan di Caracas, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Starlink, perkhidmatan internet satelit milik SpaceX, menawarkan akses internet percuma kepada penduduk Venezuela sehingga 3 Februari bagi memastikan ketersambungan yang berterusan.
  • Perkhidmatan Starlink membolehkan akses internet jalur lebar di seluruh dunia melalui rangkaian satelit generasi akan datang yang dilancarkan oleh SpaceX pada Februari 2018.
  • Inisiatif ini dilakukan susulan operasi keselamatan di Caracas dan dimaklumkan melalui kenyataan yang dipaparkan di platform X.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

"Starlink menyediakan perkhidmatan jalur lebar percuma kepada rakyat Venezuela hingga 3 Februari, bagi memastikan ketersambungan yang berterusan," menurut kenyataan yang dimuat naik di platform X lewat Sabtu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Starlink merupakan rangkaian satelit generasi akan datang yang dilancarkan oleh SpaceX pada Februari 2018 dan direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar di seluruh dunia.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang ditawarkan oleh Starlink kepada penduduk Venezuela?
    A: Starlink menawarkan akses internet percuma kepada penduduk Venezuela sehingga 3 Februari bagi memastikan ketersambungan yang berterusan.
  • Q: Apabila rangkaian satelit generasi akan datang Starlink dilancarkan?
    A: Starlink dilancarkan oleh SpaceX pada Februari 2018 untuk menyediakan akses internet jalur lebar di seluruh dunia.



#Starlink #Venezuela #SpaceX #akses internet percuma #operasi keselamatan