DUNIA
Starmer bimbang penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan diperkenalkan Trump
"Saya sememangnya bimbang mengenai penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan. Beliau sedang melancarkan perang terhadap sebuah negara Eropah,” kata Starmer. - Gambar AP
LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer menyuarakan kebimbangan terhadap jemputan yang diberikan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, untuk menyertai Lembaga Keamanan yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika konflik di Ukraine masih berlarutan.
Starmer menegaskan bahawa penglibatan Putin dalam inisiatif tersebut menimbulkan persoalan serius memandangkan Rusia masih meneruskan operasi ketenteraan ke atas Ukraine.
“Saya sememangnya bimbang mengenai penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan. Beliau sedang melancarkan perang terhadap sebuah negara Eropah,” kata Starmer dalam satu temu bual bersama Channel 4 News yang disiarkan pada Khamis.
Trump pada Khamis mengumumkan penubuhan Lembaga Keamanan semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, satu langkah yang mencetuskan kontroversi di peringkat antarabangsa.
Putin merupakan antara pemimpin yang dijemput menyertai lembaga tersebut, namun setakat ini belum memberikan sebarang komitmen rasmi.
Presiden Rusia itu bagaimanapun dilaporkan mencadangkan penggunaan aset Rusia yang dibekukan di Amerika Syarikat bagi membiayai yuran keahlian tetap lembaga berkenaan yang dianggarkan bernilai AS$1 bilion. United Kingdom mengesahkan tidak menyertai inisiatif tersebut.
“Mereka masih menggugurkan bom ke atas Ukraine,” kata Starmer.
“Kita tidak boleh membiarkan perkembangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengalihkan tumpuan daripada perkara utama.”
Terdahulu, Setiausaha Luar United Kingdom, Yvette Cooper, turut menegaskan bahawa Britain tidak akan menandatangani perjanjian Lembaga Keamanan berikutan kebimbangan terhadap penglibatan Rusia.
“Kita perlu bekerjasama dengan Amerika Syarikat, sekutu-sekutu kita serta rakan antarabangsa lain untuk mempertahankan dan menyokong Ukraine dalam konflik yang bukan dicetuskan oleh mereka,” kata Starmer.
Kenyataan tersebut dibuat susulan kenyataan Trump yang memaklumkan beliau mengadakan pertemuan yang baik dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, namun mengakui, masih terdapat perjalanan panjang sebelum perang antara Ukraine dan Rusia dapat ditamatkan sepenuhnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Starmer turut mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte, mengenai isu keselamatan di wilayah Artik menerusi satu panggilan telefon pada Khamis, menurut jurucakap Downing Street.
Rutte sebelum ini memberitahu Sky News bahawa beliau telah berbincang dengan Trump mengenai keperluan untuk melindungi wilayah Artik daripada pengaruh Rusia dan China dalam satu pertemuan yang berlangsung pada Rabu.