INTERNATIONAL

Starmer dijangka umum perjanjian baharu dengan EU pada sidang kemuncak London

Bernama 18/05/2025 | 15:15 MYT
Perdana Menteri Britain Keir Starmer dijangka mengumumkan perjanjian baharu dengan Kesatuan Eropah (EU) pada minggu depan ketika beliau menjadi tuan rumah bagi satu sidang kemuncak utama bersama blok itu di London. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer dijangka mengumumkan perjanjian baharu dengan Kesatuan Eropah (EU) pada minggu depan ketika beliau menjadi tuan rumah bagi satu sidang kemuncak utama bersama blok itu di London, lapor PA Media/dpa.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Britain Keir Starmer dijangka umum perjanjian baharu dengan Kesatuan Eropah minggu depan.
  • Perjanjian itu mungkin melibatkan akses kepada dana pertahanan EU dan program mobiliti belia.
  • Starmer menyatakan kerjasama ini akan beri manfaat kepada pekerjaan, bil, dan kawalan sempadan Britain.


Butiran perjanjian itu masih belum didedahkan, namun laporan menunjukkan ia mungkin memberi tumpuan kepada akses Britain kepada dana pertahanan utama EU, dengan skim mobiliti belia turut dipertimbangkan.

Menjelang sidang kemuncak Isnin ini, Starmer berkata pertemuan itu akan menjadi "satu lagi langkah ke hadapan, dengan lebih banyak manfaat untuk United Kingdom" serta "satu perkongsian yang diperkukuh dengan Kesatuan Eropah."

Beliau berkata: "Ia akan memberi kebaikan kepada pekerjaan kita, bil kita dan sempadan kita.

"Itulah yang dipilih oleh rakyat Britain tahun lepas dan itulah yang akan disampaikan oleh kerajaan saya," katanya.

Pertemuan Isnin ini akan mempertemukan Starmer dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen buat kali kedua dalam tempoh empat hari, selepas kedua-duanya bertemu selama 30 minit di luar Sidang Kemuncak Komuniti Politik Eropah di Albania pada Jumaat.

-- BERNAMA

#Perdana Menteri Britain #perjanjian baharu #Kesatuan Eropah #Keir Starmer