Stephen Hawking lancar projek RM379 juta cari makhluk asing

Madiha Abdullah
Julai 23, 2015 02:06 MYT
Hawking beranggapan manusia seharusnya tidak punya masalah untuk merungkaikan persoalan tentang makhluk asing kerana telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.
Ahli fizik terkemuka, Prof.Stephen Hawking telah melancarkan satu projek khas bernilai AS$100 juta (RM379 juta) pada Isnin.
Menariknya, projek tersebut adalah projek pencarian makhluk asing.
Projek yang dinamakan The Breakthrough Initiatives itu dibiayai oleh bilionair yang juga seorang ahli fizik, Yuri Milner.
Hawking mneyokong penuh projek pencarian ini dan beranggapan, manusia seharusnya tidak punya masalah untuk merungkaikan persoalan tentang makhluk asing kerana telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.
"Saya menyokong projek ini kerana saya percaya ini adalah masanya untuk melakukan pencarian. Sebagai manusia, kita lebih bijak. Justeru kita patut tahu apa yang berlaku sebenarnya di sekeliling kita," kata Hawking semasa majlis pelancaran projek tersebut.

Go inside Stephen Hawking's $100,000,000 Milky Way-wide search for alien life: http://t.co/QM0TnNJIBz pic.twitter.com/oEe6e4ig26

— ABC News (@ABC) July 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Stephen Hawking, Russian Billionaire Launch New Alien-Hunting Effort! - http://t.co/GkHmWPZbFi pic.twitter.com/Qky3XpnMhc

— World and Science (@WorldAndScience) July 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Stephen Hawking supports Russian entrepreneur's $100 million search for alien life http://t.co/x0r84BMoxD pic.twitter.com/iAkjKhxVEi

— CNNMoney (@CNNMoney) July 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Projek ini akan merangkumi kawasan kajian 10 kali ganda lebih besar daripada kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini, selain pemantauan terhadap kira-kira 100 galaksi dan sejuta bintang yang berdekatan dengan Bumi.
Hawking, pada tahun 2010, pernah meluahkan kebimbangannya tentang kewujudan makhluk asing dan menyatakan bagaimana kebijaksanaan makhluk yang tidak dapat dikenal pasti ini boleh menyumbang kepada kemusnahan manusia dan dunia sejagat.
#fizik #Sains #stephen hawking