DUNIA
Stesen metro, masjid dijadikan tempat perlindungan awam di Iran

Fatemeh Mohajerani (foto) berkata langkah itu diambil bagi melindungi keselamatan orang awam ketika serangan udara berterusan, dan menegaskan bahawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta bahan api adalah mencukupi buat masa ini. -Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Kerajaan Iran mengumumkan stesen metro dan masjid di seluruh negara akan dibuka sebagai tempat perlindungan awam bermula malam ini, susulan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan lanjut oleh Israel.
Ringkasan AI
- Kerajaan Iran membuka stesen metro, masjid dan sekolah sebagai tempat perlindungan awam susulan kebimbangan terhadap serangan lanjut oleh Israel.
- Jurucakap kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api adalah mencukupi buat masa ini.
- Pihak berkuasa mengakui kekurangan tempat perlindungan bawah tanah di Tehran dan bandar lain, dan mungkin perlu menggunakan ruang alternatif seperti terowong dan tempat letak kereta bawah tanah.
“Stesen metro, masjid dan sekolah akan dibuka sepanjang masa sebagai tempat perlindungan,” katanya dalam siaran televisyen kerajaan.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Bandaraya Tehran, Mehdi Chamran, mengakui bahawa ibu negara Iran tidak mempunyai tempat perlindungan bawah tanah yang mencukupi untuk menghadapi situasi perang.
“Malangnya, kami di Tehran dan bandar-bandar lain tidak mempunyai tempat perlindungan.
"Kami perlu menggunakan ruang bawah tanah, terowong dan tempat letak kereta bawah tanah sebagai alternatif,” katanya sambil merujuk kepada pengalaman semasa perang Iran-Iraq pada 1980-an.
Chamran berkata sistem metro mungkin perlu dihentikan operasi sekiranya digunakan sebagai tempat perlindungan dalam krisis besar.
Langkah ini diambil ketika Israel terus melancarkan serangan udara ke atas kemudahan strategik Iran, termasuk kilang elektronik dan pusat pertahanan di Isfahan dan Shiraz.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami