Skip to main content

Dunia

Stok minyak mentah strategik AS catat paras terendah dalam tempoh 44 tahun - Data Jabatan Tenaga

AS akan melepaskan 172 juta tong minyak mentah daripada rizab kecemasan dalam usaha untuk menurunkan harga tenaga yang melambung tinggi. - AP
AS akan melepaskan 172 juta tong minyak mentah daripada rizab kecemasan dalam usaha untuk menurunkan harga tenaga yang melambung tinggi. - AP

Advertisement

MOSCOW: Stok minyak mentah dalam Rizab Petroleum Strategik (SPR) Amerika Syarikat (AS) merosot kepada 282.7 juta tong minggu lepas, paras terendah sejak Oktober 1982, menurut data daripada Jabatan Tenaga, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Paras SPR berada pada 280.802 juta tong pada akhir minggu 15 Oktober 1982.

Setiausaha Tenaga AS Chris Wright pada Mac berkata AS akan melepaskan 172 juta tong minyak mentah daripada rizab kecemasan itu dalam usaha untuk menurunkan harga tenaga yang melambung tinggi.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement