awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strok haba di India: Burung 'jatuh' ke tanah akibat keletihan

Bernama
Bernama
23/05/2022
11:33 MYT
Strok haba di India: Burung 'jatuh' ke tanah akibat keletihan
India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung menyaksikan di kebanyakan tempat burung 'jatuh' ke tanah akibat "keletihan dan strok haba."
Sejak awal musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.
Jabatan Meteorologi India (IMD) baru-baru ini memaklumkan suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah yang paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.
Petugas kanan di hospital haiwan Jivdaya Charitable Trust di Gujarat, Sanjay Patel memberitahu Agensi Anadolu berlaku peningkatan mendadak untuk menyelamatkan burung. Jumlah itu meningkat kepada 90-100 ekor setiap hari berbanding 25-30 ekor sebelum ini.
Suhu di kebanyakan kawasan kekal melebihi 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit).
Keadaan sama turut berlaku di negeri lain termasuk Rajasthan dan New Delhi.
Petugas Animal Aid Unlimited di bandar Udaipur, Rajasthan Raj Kishore berkata burung menghadapi banyak kesukaran, termasuk dehidrasi, menyebabkan banyak burung mati termasuk anak burung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#strok haba
#India
#New Delhi
#populasi burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan