DUNIA
Struktur menara loji janakuasa Korea Selatan runtuh, tujuh mangsa terperangkap
Tujuh individu dipercayai terperangkap selepas struktur menara dandang runtuh di Loji Kuasa Korea East-West Power di Ulsan, Korea Selatan. -Foto Reuters
SEOUL: Sekurang-kurangnya tujuh individu dipercayai terperangkap selepas struktur menara dandang setinggi 60 meter runtuh di Loji Janakuasa Korea East-West Power di Ulsan, Korea Selatan, pada Khamis.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Agensi Bomba Korea, insiden berlaku sekitar pukul 2.07 petang waktu tempatan di cawangan loji berkenaan yang terletak di pantai timur negara itu.
Dua mangsa berjaya diselamatkan dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Struktur yang runtuh itu difahamkan sedang dalam proses pelupusan apabila ia tiba-tiba rebah, menyebabkan serpihan besi dan keluli bertaburan di kawasan sekitar.
Gambar yang tular menunjukkan kerangka besi yang remuk dan pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok, telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta agensi bomba dan polis untuk menggerakkan semua aset dan anggota bagi memprioritaskan usaha menyelamat mangsa yang masih terperangkap.
Penduduk sekitar turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga, sementara siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tujuh individu dipercayai terperangkap selepas struktur menara dandang runtuh di Loji Kuasa Korea East-West Power di Ulsan, Korea Selatan.
- Dua mangsa telah diselamatkan tanpa kecederaan serius, sementara operasi penyelamatan masih berterusan.
- Perdana Menteri Korea Selatan memerintahkan usaha menyelamat diteruskan serta siasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca runtuhan.
Menurut Agensi Bomba Korea, insiden berlaku sekitar pukul 2.07 petang waktu tempatan di cawangan loji berkenaan yang terletak di pantai timur negara itu.
Dua mangsa berjaya diselamatkan dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Struktur yang runtuh itu difahamkan sedang dalam proses pelupusan apabila ia tiba-tiba rebah, menyebabkan serpihan besi dan keluli bertaburan di kawasan sekitar.
Gambar yang tular menunjukkan kerangka besi yang remuk dan pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok, telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta agensi bomba dan polis untuk menggerakkan semua aset dan anggota bagi memprioritaskan usaha menyelamat mangsa yang masih terperangkap.
Penduduk sekitar turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga, sementara siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan individu yang dipercayai terperangkap selepas struktur menara dandang runtuh di Loji Kuasa Korea East-West Power?
A: Sekurang-kurangnya tujuh individu dipercayai terperangkap selepas insiden tersebut. - Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok, berhubung insiden runtuhan struktur tersebut?
A: Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta agensi bomba dan polis untuk menggerakkan semua aset dan anggota bagi memprioritaskan usaha menyelamat mangsa yang masih terperangkap. - Q: Bagaimanakah keadaan dua mangsa yang telah berjaya diselamatkan dari runtuhan struktur tersebut?
A: Dilaporkan bahawa dua mangsa yang berjaya diselamatkan tidak mengalami kecederaan serius. - Q: Apakah yang difahami berlaku kepada struktur yang runtuh itu pada ketika insiden?
A: Struktur yang runtuh itu difahamkan sedang dalam proses pelupusan apabila ia tiba-tiba rebah, menyebabkan serpihan besi dan keluli bertaburan di kawasan sekitar. - Q: Apakah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh penduduk sekitar Loji Kuasa Korea East-West Power selepas insiden berlaku?
A: Penduduk sekitar turut diarahkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga menyusul insiden runtuhan struktur tersebut.