Struktur stadium runtuh di Kaherah, 27 cedera

Agensi
Disember 26, 2022 01:00 MYT
Sekurang-kurangnya 27 orang cedera apabila sebahagian struktur stadium yang terletak di selatan Kaherah runtuh semasa perlawanan bola keranjang. -Twitter@EgyptTodayMag
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 27 orang cedera pada Sabtu apabila sebahagian struktur stadium yang terletak di selatan Kaherah runtuh semasa perlawanan bola keranjang.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Hossam Abdel Ghaffar, daripada jumlah itu, terdapat beberapa mangsa yang mengalami patah tulang dan pendarahan, manakala sebahagian besar mangsa cedera ringan.
Persekutuan Bola Keranjang Mesir mengumumkan penggantungan serta-merta perlawanan di antara Al Ittihad dari Alexandria dan Al Ahly dari Kaherah.
Lebih 20 ambulans dihantar untuk membawa peminat yang cedera ke hospital.
Menteri Belia dan Sukan, Ashraf Sobhi telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat punca kejadian.
#bola keranjang #struktur stadium runtuh #Al Ittihad #Al Ahly