awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri sanggup cungkil mata anak sendiri kerana mahu cepat kaya

Agensi
Agensi
04/09/2021
05:14 MYT
Suami isteri sanggup cungkil mata anak sendiri kerana mahu cepat kaya
Dalam kejadian di Malino, Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia itu, polis yang menerima laporan menahan kesemua suspek yang dipercayai terpengaruh dengan halusinasi dan bisikan ghaib.
SULAWESI SELATAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun melalui detik-detik yang menggerikan apabila mata kanannya dicungkil sebagai memenuhi syarat untuk cepat menjadi kaya.
Malang tambah berganda buat kanak-kanak itu kerana tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh ibu, ayah, bapa saudara serta datuk dan neneknya sendiri dalam ritual pesugihan atau memiliki kekayaan segera.
Dalam kejadian di Malino, Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia itu, polis yang menerima laporan menahan kesemua suspek yang dipercayai terpengaruh dengan halusinasi dan bisikan ghaib.
Mangsa pula dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Syech Yusof di Gowa disebabkan mata kanannya itu cedera selepas dicungkil.
Sebelum dibawa ke hospital, mangsa terlebih dahulu diselamatkan oleh seorang lagi bapa saudaranya, Bayu bersama pasukan keselamatan yang terdengar tangisan kanak-kanak itu yang matanya sedang dicungkil.
“Kebetulan kami baru pulang dari menziarahi kematian dan sedang duduk di depan rumah mangsa. Tiba-tiba kami dengar teriakan anak kecil menyebabkan kami masuk dan melihat matanya sedang dicungkil oleh ibu dan bapa sementara datuk sementara neneknya memegang tangan dan kaki mangsa.
“Melihat kejadian itu, kami terus bawa mangsa untuk diselamatkan,” kata Bayu seperti dilaporkan portal berita Kompas.
Bayu turut mendakwa, anak saudaranya itu merupakan mangsa pesugihan oleh keluarganya.
Ini kerana, ibu mangsa mendakwa sering terdengar bisikan ghaib selain kerap melakukan ritual aneh pada malam-malam tertentu.
“Di rumah itu memang mereka sering adakan ritual aneh seperti pesugihan dan mereka kerap berhalusinasi,” dakwa Bayu lagi.
Sementara itu, daripada lima orang suspek yang ditahan polis, dua daripadanya dirujuk ke Rumah Sakit Dadi Makassar untuk menjalani pemeriksaan mental.
"Kejadian ini adalah kes KDRT (kekerasan dalam rumah tangga) terhadap anak di bawah umur. Kami telah menahan tiga orang (suspek) dan dua lagi (suspek) menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Jiwa Dadi Makassar disebabkan disyaki terdapat gangguan mental.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu hasil pemeriksaan mental," kata jurucakap polis Gowa, Boby Rachman kepada Kompas.
Hasil pemeriksaan polis terhadap suspek juga menemukan fakta bahawa motif kejadian disebabkan terpengaruh dengan halusinasi dan bisikan ghaib.
Topic Berkaitan
#cungkil mata anak
#kanak-kanak enam tahun
#cepat jadi kaya
#pesugihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan