Suami 'kantoi' melalui Google Street View

Madiha Abdullah
Julai 28, 2015 00:43 MYT
Apabila Julie mendapat tahu Google Street View ada membuat rakaman di sekitar kawasan rumahnya, dia sedar itu caranya untuk dia 'mengintip' suaminya.
SEORANG lelaki berhadapan masalah apabila imej dia merokok di halaman rumahnya, dirakam oleh Google Street View.
Donald Ryding, 58, dari Merseyside, United Kingdom, sebelum itu telah memberitahu isterinya bahawa dia telah membuang tabiat merokoknya selepas mendapat serangan jantung.
Isterinya, Julie, bagaimanapun tidak mempercayai kata-kata suaminya terutama apabila menemui kotak rokok kosong di dalam kereta.
Apabila Julie mendapat tahu Google Street View ada membuat rakaman di sekitar kawasan rumahnya, dia sedar itulah caranya untuk dia 'mengintip' suaminya.

This guy getting busted smoking by Google Street View, http://t.co/hoFw85NKGH, echoes my own experience, http://t.co/wmeXsn9BjT #memories

— Kevin Bankston (@KevinBankston) July 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Google Street View proved this husband was lying to his wife about quitting smoking. http://t.co/RJC43La14u pic.twitter.com/PCo6cTL5pY

— Boing Boing (@BoingBoing) July 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas satu pertengkaran, Donald keluar dari rumah dan Julie segera mengakses laman web berkenaan.
Dan Julie tidak silap apabila menemui imej suaminya merokok di kawasan garaj rumah mereka.
Biarpun agak marah, namun Julie mengakui perkara tersebut agak melucukan.
"Dia terpaksa tidur di ruang tamu malam itu, tetapi kini semua sudah okey. Sekarang dia masih merokok tetapi dalam kuantiti yang berkurangan," kata Julie.
#Donald Ryding #Dunia #Google Street View #kesihatan #merokok