awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah nasib, hanya 15 minit saja bergelar isteri

Agensi
Agensi
31/05/2018
05:10 MYT
Sudah nasib, hanya 15 minit saja bergelar isteri
Sikap bapa pengantin perempuan itu membuatkan lelaki tersebut berasa terhina dan kemudian menceraikan pasangannya serta-merta selepas 15 minit bergelar suami isteri. - Gambar hiasan
Seorang pengantin lelaki mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya selepas hanya 15 minit dinikahinya.
Tindakan itu berlaku apabila timbul salah faham mengenai wang hantaran yang telah dipersetujui untuk dibayar kepada bapa pengantin perempuan.
Lelaki yang baru berkahwin itu bersetuju untuk membayar 100,000 dirham (RM108,311) kepada bapa pengantin perempuan dengan dua kali bayaran.
Dalam perjanjian, setengah daripada jumlah itu perlu dibayar pada hari pernikahan mereka di pejabat syariah di Dubai dan selebihnya selepas majlis selesai.
Laporan Gulf News memetik pengantin lelaki itu telah membuat pembayaran awal seperti yang dijanjikan tetapi sebaik sahaja majlis selesai, bapa mertuanya itu terus menuntut separuh bayaran lagi.
Lelaki itu meminta bapa mertuanya menunggu hanya lima minit untuk mengambil baki wang tersebut di dalam keretanya.
Namun bapa mertuanya tidak membenarkan dia keluar dari tempat itu dan meminta sesiapa antara ahli keluarga atau rakannya pergi mengambil wang berkenaan dengan segera.
Sikap bapa pengantin perempuan itu membuatkan lelaki tersebut berasa terhina dan kemudian menceraikan pasangannya serta-merta selepas 15 minit bergelar suami isteri.
Menurut peguam yang mengendalikan kes itu, anak guamnya turut memberitahu bapa pengantin wanita tersebut bahawa dia enggan menjadikan anaknya sebagai isteri beliau lagi.
Topic Berkaitan
#cerai
#Dubai
#janda
#lelaki
#Pengantin
#perkahwinan
#wang hantaran
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan