DUNIA
Sudan hargai pendirian tegas Malaysia kecam kekejaman RSF
Hassan turut memuji kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sudan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas solidariti berterusan terhadap negara itu yang kini berdepan kekejaman pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Duta Besar Sudan ke Malaysia, Hassan Abdelsalam Omer, berkata penghargaan tersebut mencerminkan hubungan persaudaraan yang erat antara kedua-dua negara.
“Kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas empati dan solidariti yang ditunjukkan kepada Sudan serta rakyat Sudan oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia," katanya dalam satu sidang media di Kedutaan Sudan di ibu negara pada Rabu.
Beliau turut memuji kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Saya juga ingin memuji kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar atas pendirian mereka yang jelas dan berprinsip dalam mengecam RSF serta mendesak mereka dipertanggungjawabkan atas jenayah kejam terhadap rakyat Sudan.
Dalam pada itu, Hassan turut merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, serta pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan Malaysia yang terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Sudan.
Semalam, Anwar dalam kenyataannya menyeru supaya keganasan di Sudan dihentikan serta-merta dan orang awam dilindungi sepenuhnya selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, susulan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di El-Fasher dan seluruh wilayah Darfur.
Beliau menyifatkan konflik itu sebagai malapetaka kemanusiaan, melibatkan pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan perpindahan penduduk dalam skala yang membimbangkan.
Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sudan, dan menggesa komuniti antarabangsa supaya bertindak tegas bagi menghentikan penderitaan, memulihkan akses kemanusiaan serta menyokong proses ke arah keamanan dan kebertanggungjawaban.
Sejak 15 April 2023, tentera Sudan dan RSF terlibat dalam peperangan yang sehingga kini gagal ditamatkan meskipun pelbagai usaha perdamaian serantau dan antarabangsa telah dilakukan.
Konflik itu telah meragut lebih 20,000 nyawa dan menyebabkan lebih 15 juta orang menjadi pelarian atau mangsa perpindahan dalaman, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sumber tempatan.